Kepimpinan, iaitu keupayaan mempengaruhi,
memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan supaya bersetuju
untuk melaksanakan program-program dan melakukan perubahan-perubahan ke arah
mencapai matlamat organisasi.
Kepimpinan bersandarkan kepada kuasa yang dimilikki oleh seseorang pemimpin. The type of powers are reward, coercive, expert, legitimate and referent. Di antara jenis kuasa ini, saya berpendapat kuasa paling utama dimilikki oleh pemimpin legitimate yang memberi kuasa yang sah kepada pemimpin untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Surat perlantikan yang diterima sebagai pengetua memberikan autoriti kepadanya untuk mengendalikan organisasi tersebut.
Kebiasaannya kemampuan pengetua memimpin sekolah bergantung kepada kedudukan dan kuasa mereka. Walau bagaimanapun, kedudukan dan kuasa tidak semestinya mempengaruhi kepimpinan pengetua di sekolah. Ramai orang keliru dengan menganggap kepimpinan bermaksud wibawa, kekuasaan, dominasi dan kekuatan.
Pada pandangan saya, seorang pemimpin sekolah memerlukan kemahiran memimpin untuk menentukan wujudnya perubahan dan penambahbaikan dan juga penyesuaian keadaan, dan kemahiran pengurusan untuk menentukan semuanya berjalan lancar.

Kata Mao Tze Tung, seorang pemimpin yang
berkesan adalah "jinak seperti kucing dan garang seperti harimau."
Dalam konteks ini, pengetua atau guru besar yang berkesan adalah gurubesar atau
pengetua yang mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Ada masanya pengetua
memerlukan ciri-ciri watak dan perwatakan yang lembut dan mesra sosial dan ada
kalanya dia memerlukan personaliti yang tegas dan garang.
Justeru itu, adalah penting seseorang pengetua mempunyai ciri-ciri watak dan perwatakan yang sesuai dengan penampilan diri yang unggul, kesihatan yang terjamin, kebersihan diri, mannerism, beretika dan tutur bahasa yang sopan.
Selain itu, personaliti seseorang pengetua juga memerlukan kapasiti dan kekuatan dari segi minda. Kemantapan keintelektualan seseorang pengetua amat berguna dan maha penting kerana pengetua terpaksa menghadapi pelbagai cabaran kepengetuaan. Tugas pengetua memerlukan pembuatan keputusan serta penilaian tentang segala alternatif dan pelbagai kemungkinan yang boleh timbul dari sesuatu keputusan yang dibuat ataupun sesuatu kaedah pembuatan keputusan. Selain itu tugas pengetua juga dilingkari dengan pelbagai bentuk tekanan yang tidak kepastian. Oleh itu, Pengetua yang sarat dengan berbagai-bagai disiplin keilmuan, amat perlu untuk menjadi pengurus yang berkesan.

Kepemimpinan pengetua boleh mempengaruhi
sistem sekolah melalui 4 pendekatan iaitu penetapan matlamat dan tujuan,
struktur dan jaringan sosial, unsur kemanusiaan dan budaya organisasi.
Kepemimpinan pengetua juga dilihat bukan sahaja mempengaruhi individu malahan
guru secara kumpulan, murid dan ibu bapa. Bagi sekolah yang berkesan, pengetua
terlibat di dalam penetapan matlamat pengajaran, matlamat sekolah bersama-sama
guru. Visi, misi, matlamat, harapan dan sokongan akan memberi kesan kepada
organisasi dan mempengaruhi keberkesanan sekolah. Perhubungan dan kerjasama dengan ibu bapa
yang tinggi dan berkesan akan mampu menyumbang kepada pencapaian murid. Budaya sekolah yang dibentuk juga turut
menyumbang di dalam keberkesanan sekolah. Budaya kolaboratif dan pengajaran
berkesan disamping penyeliaan oleh pengetua memberi kesan secara langsung
dengan keberkesanan sekolah. Penglibatan pengetua bersama-sama guru memberikan
kesan secara tidak langsung kepada pencapaian
murid.
Kesimpulan
dari kefahaman saya ialah bagi mewujudkan sekolah yang berkesan, faktor
kepemimpinan pengetua itu tidak boleh dipandang ringan kerana pengetua
merupakan pengerak kepada organisasi secara keseluruhannya. Pengetua sebagai
pemimpin perlu ’inspire’ pengikutnya untuk berubah kepada keadaan dan kaedah
pengajaran yang lebih baik kerana tujuan dan matlamat utama sekolah ialah untuk
menghasilkan murid yang cemerlang di dalam pembelajaran, sahsiah dan
kokurikulum. Walaupun latarbelakang murid, sekolah dan persekitaran
berbeza-beza, apa yang dititikberatkan ialah kepemimpinan pengetua itu sendiri
di dalam menyumbang kepada keberkesanan sekolah.
Bagi menjadikan pengaruh lebih berkesan, pemimpin perlu ada didikan. Pemimpin yang berjiwa pendidik ( murabbi ) adalah orang yang memahami tujuan, matlamat dan tahap-tahap didikan.

No comments:
Post a Comment